JABATAN KERJA RAYA MELAKA

JABATAN KERJA RAYA NEGERI MELAKA

JABATAN KERJA RAYA NEGERI MELAKA

Isnin, 23 Disember 2013

MELAKA Bandaraya Warisan Dunia UNESCO

Nama Melaka pertama kali dikesan adalah pada abad ke-14. Terdapat pelbagai cerita tentang bagaimana Melaka mendapat namanya. Walaubagaimanapun, cerita yang diterima umum ialah yang mengaitkan nama Melaka itu dengan sebatang pokok yang disebut pokok Melaka.

Terdpat banyak tempat yang bersejarah yang boleh dilawati dan negeri Melaka telah pun mencapai Negeri Maju pada 20 Oktober 2010 oleh Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) yang berpengkalan di Paris. Sekarang negeri melaka merupakan Negeri Bandar Teknologi Hijau dan merupakan Bandaraya Warisan Dunia UNESCO





Pemeriksaan Bangunan Di SJK(T) Kubu 2014

Pada 20.12.2013 Pemeriksaan bangunan telah dilakukan oleh Encik Ishak Bin Yunus bersama Cik Kristy Gelbert Sipaun di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Kubu, Melaka. Pihak sekolah telah mengemukakan masalah kepada JKR iaitu mengenai keadaan longkang yang selalu tersumbat, mengakibat air masuk ke kawasan sekolah dengan banyak. Pihak sekolah juga meminta untuk membuat pagar konkrit mengelilingi kawasan sekolah. Sekolah ini juga memohon agar bangunan blok C dicat semula dan membuat susur gajah yang memudahkn murid-murid apabila waktu hujan.


Block C Yang hendak Di Cat

Pagar Lama Yang Hendak Ditukar Kepada Tembok

Lokasi Susur Gajah Yang Hendak Dibina

Keadaan Longkang Yang Selalu Tersumbat

Khamis, 19 Disember 2013

Pemeriksaan Bangunan Di Sekolah Henry Gurney 2013

Pada 18.12.2013 Pihak BSPN JKR, Melaka telah melakukan pemeriksaan bangunan di Sekolah Henry Gurney. Masalah Henry Gurney ini telah di periksa oleh Cik Kristy Gelbert Sipaun, En. Mohd Riza Bin Ahmat dan En. Ishak Bin Yunus, serta pihak Cawangan Kej. Elektrik JKR Melaka bersama dengan pihak dari JKR Melaka Tengah. Bangunan ini mengalami masalah daripada segi bumbung yang seing bocor dan mengakibatkan banjir kecil. Keadaan Distributor Box yang sering terkena air hujan serta keadaan trunking yang berkarat mengakibat percikan api keluar daripada distributor box.

Keretakan Bangunan

Keadaan Trunking Yang Berkarat Akibat Daripada Air Hujan

Bumbung Bangunan Sering Bocor 

Selasa, 10 Disember 2013

Fungsi Dan Piagam pelanggan BSPN

                                                                   FUNGSI
  • Merangka dasar nasional dan pembangunan proses/sistem kerja bagi penambahbaikan berterusan PAM
  • Menjalankan penyelidikan dan pembangunan bagi standard dan teknologi dalam pengurusan dan penyenggaraan aset tak alih supaya mencapai tahap faedah lebih optimum dan lestari
  • Melaksanakan penyelarasan dan pembangunan kompetensi serta pembudayaan terhadap PAM
  • Mengurus pendaftaran, sistem aplikasi dan Pangkalan Data Aset Tak Alih
  • Melaksanakan pemeriksaan penilaian dan pelupusan Aset Tak Alih
  • Menyelaras pengurusan dan pengauditan pematuhan terhadap PAM serta penyenggaraan aset kerajaan yang dilaksanakan oleh agensi-agensi kerajaan serta menjalankan audit senggara aset mengikut program yang ditetapkan
  • Memberi perkhidmatan perundingan terhadap penggunaan sistem, amalan, piawaian dan teknologi terkini dalam bidang pengurusan dan penyenggaraan fasiliti khusus (Awam, Mekanikal, Elektrikal dsbnya) yang lebih berkesan dan ekonomik                                                                                                                                 
                                                                      Piagam Pelanggan
Komitmen kami untuk memberi perkhidmatan teknikal kepada pelanggan dengan cekap, ekonomik, berkualiti dan dalam jangkamasa perlaksanaan yang berpatutan.
Kami adalah komited untuk menyiapkan kerja-kerja berikut dalam tempoh seperti di bawah:-
  • Menyiapkan laporan kajian kepada pelanggan dalam  tempoh SATU (1) tahun dari tarikh brif projek diterima
  • Menyiapkan laporan kegagalan struktur dan syor pembaikan dalam tempoh TIGA (3) bulan
  • Menyiapkan baucer bayaran dalam tempoh DUA (2) minggu
  • Memberi semua khidmat nasihat dalam masa yang dipersetujui

Visi , Misi Dan Objektif BSPN

                                                                      VISI
'Menjadi pusat rujukan PAM dan penyenggaraan Aset Kejuruteraan berteraskan potensi modal insan serta teknologi terkini dalam mengoptimumkan nilai aset kerajaan'
                                                                      MISI
  • Memberi perkhidmatan teknikal secara profesional kepada semua agensi kerajaan dalam pengurusan aset supaya penyampaian perkhidmatan kerajaan tercapai
  • Komited untuk mencapai kecemerlangan dalam pengurusan dan penyenggaraan dalam aset Kerajaan melalui PAM berdasarkan amalan terbaik dan teknologi terkini untuk memenuhi kepuasan pelanggan
  • Bertekad untuk membangunkan kecemerlangan modal insan yang kompeten, kreatif dan inovatif dalam pengurusan aset Kerajaan
                                                                                        OBJEKTIF
  • Memastikan semua aset Kerajaan sentiasa berfungsi dengan sempurna, selamat dan selesa digunakan
  • Mengekalkan kefungsian aset Kerajaan bagi memenuhi ciri-ciri teknikal dan ekonomi untuk mencapai nilai kos kitaran hayat yang optimum
  • Memastikan perkhidmatan JKR dalam pengurusan dan penyenggaraan aset yang cemerlang, kos berkesan dan memenuhi kepuasan pelanggan

Pemeriksaan Bangunan Di SMK Ayer Keroh Dan ADTEC

Pada 19.12.2013 BSPN telah melakukan pemeriksaan bangunan di SMK Ayer Keroh dan ADTEC, Melaka. Pemeriksaan ini dilakukan oleh Cik Kristy Gelbert Sipaun, En. Ishak Bin Yunus dan En. Mohd Riza Bin Ahmat. Tujuan untuk memeriksa bangunan ini adalah untuk melihat sendiri kerosakan bangunan yang dialami. Sebaik laporan kerja disiapkan serta kewangan diluluskan barulah kerosakan bangunan boleh dibaik pulih.

Keadaan Siling Di SMK Ayer Keroh


Keadaan Bangunan Di Asrama ADTEC

Isnin, 9 Disember 2013

Misi Dan Visi Jabatan Kerja Raya Malaysia

Bagi mencapai hasrat negara di dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat, JKR menzahirkanya melalui visi dan misi jabatan ini iaitu:

Visi

Kami akan Menjadi Pemberi Perkhidmatan Bertaraf Dunia Dan Pusat Kecemerlangan Dalam Bidang Pengurusan Aset, Pengurusan Projek Dan Kejuruteraan Untuk Pembangunan Infrastruktur Negara Berteraskan Modal Insan Yang Kreatif Dan Inovatif Serta Teknologi Terkini.

Misi

Misi JKR ialah untuk menyumbang kepada pembangunan negara dengan:

 1. 
Membantu pelanggan kami merealisasikan maklumat dasar dan menyampaikan perkhidmatan melalui kerjasama sebagai rakan kongsi strategik.
2.
Mempiawai proses dan sistem kita untuk memberikan hasil perkhidmatan yang konsisten.
 3. 
Menyediakan perkhidmatan pengurusan aset dan projek yang efektif dan inovatif.
4.
Mengukuhkan kompetensi kejuruteraan sedia ada.
 5. 
Membangunkan modal insan dan kompetensi baru.
 6. 
Mengutamakan integriti dalam memberikan perkhidmatan.
 7. 
Membina hubungan harmoni dengan masyarakat.
 8. 
Memelihara alam sekitar dalam penyampaian perkhidmatan.