FUNGSI
- Merangka dasar nasional dan pembangunan proses/sistem kerja bagi penambahbaikan berterusan PAM
- Menjalankan penyelidikan dan pembangunan bagi standard dan teknologi dalam pengurusan dan penyenggaraan aset tak alih supaya mencapai tahap faedah lebih optimum dan lestari
- Melaksanakan penyelarasan dan pembangunan kompetensi serta pembudayaan terhadap PAM
- Mengurus pendaftaran, sistem aplikasi dan Pangkalan Data Aset Tak Alih
- Melaksanakan pemeriksaan penilaian dan pelupusan Aset Tak Alih
- Menyelaras pengurusan dan pengauditan pematuhan terhadap PAM serta penyenggaraan aset kerajaan yang dilaksanakan oleh agensi-agensi kerajaan serta menjalankan audit senggara aset mengikut program yang ditetapkan
- Memberi perkhidmatan perundingan terhadap penggunaan sistem, amalan, piawaian dan teknologi terkini dalam bidang pengurusan dan penyenggaraan fasiliti khusus (Awam, Mekanikal, Elektrikal dsbnya) yang lebih berkesan dan ekonomik
Piagam Pelanggan
Komitmen kami untuk memberi perkhidmatan teknikal kepada pelanggan dengan cekap, ekonomik, berkualiti dan dalam jangkamasa perlaksanaan yang berpatutan.
Kami adalah komited untuk menyiapkan kerja-kerja berikut dalam tempoh seperti di bawah:-
- Menyiapkan laporan kajian kepada pelanggan dalam tempoh SATU (1) tahun dari tarikh brif projek diterima
- Menyiapkan laporan kegagalan struktur dan syor pembaikan dalam tempoh TIGA (3) bulan
- Menyiapkan baucer bayaran dalam tempoh DUA (2) minggu
- Memberi semua khidmat nasihat dalam masa yang dipersetujui
Tiada ulasan:
Catat Ulasan