JABATAN KERJA RAYA MELAKA

JABATAN KERJA RAYA NEGERI MELAKA

JABATAN KERJA RAYA NEGERI MELAKA

Khamis, 20 Mac 2014

PERLAKSANAAN KERJA MYSPATA

Pada 10.2.2014 sehingga akhir tahun, Bahagian Senggara Persekutuan Negeri (BSPN), JKR Melaka telah melaksanakan proses pengukuran jarak atau panjang jalan raya di sekitar Negeri Melaka. Perkara ini bertujuan untuk mengambil data serta memperbaharui maklumat yang sedia ada mengenai jalan-jalan yang ada di Negeri Melaka ini. Perkara ini telah dilaksanakan dengan lengkap di laluan Cheng-Tangga Batu, Kuala Linggi, Lebuh AMJ, Felda Menggong, Alor Gajah dan banyak lagi. Ambilan data ini telah dilaksanakan oleh pegawai BSPN yang terdiri daripada En. Hishamuddin, En. Mohd Riza, Pn. Norazlin serta dengan kerjasama pihak Selia Selenggara Selatan Sdn. Bhd.



Road Furniture iaitu signboard turut diambil

Setiap 1km akan ditanda dengan spray



Isnin, 27 Januari 2014

HARI KELUARGA BSPN 2014

Aktiviti Tahun Baru 2014 BSPN diserikan dengan Program Hari Keluarga Bahagian Senggara Persekutuan Negeri (BSPN) Tahun 2014. Aktiviti tahunan ini telah diadakan di Glory Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia. Program ini diadakan pada tarikh 24.01.14 hingga 26.01.14 yang dianggotai oleh pekerja BSPN JKR Melaka bersama dengan keluarga. Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya, pada hari Jumaat kami telah bersama-sama memanggang ayam dan otak-otak. Keenakan ayam yang dipanggang dan dimakan bersama nasi lemak dan otak-otak amat menyelerakan. Pada keesokan harinya, aktiviti sukaneka diadakan di pesisiran pantai. Aktiviti seperti tarik-tali, baling belon berisi air ke dalam bekas, mengisi air ke dalam botol serta mewarna untuk kanak-kanak bukan sahaja menyeronokkan, malah mengeratkan lagi ukhwah dan persahabatan antara anggota BSPN. Tujuan utama program bukan sekadar untuk bergembira malah untuk merapatkan silaturrahim antara anggota BSPN dan keluarga tercinta.















Selasa, 21 Januari 2014

Pemeriksaan Bangunan Di Klinik Ayer Paabas 2014

Pada 20.01.2014 pihak BSPN yang diwakili oleh Cik Kristy Gelbert Sipaun, Encik Ishak Bin Yunus, dan Encik Mohd Riza Bin Ahmat telah melakukan pemeriksaan bangunan di Klinik Ayer Paabas. Pihak BSPN telah mengenal pasti bahawa bangunan klinik ini sebahagian nya telah dimakan anai-anai dan juga reput akibat air hujan dan sebagainya. Kami telah memeriksa disekeliling bangunan serta kuartes milik pekerja klinik disitu.





Sebahagian Bangunan yang sudah reput dan berlubang

Isnin, 23 Disember 2013

MELAKA Bandaraya Warisan Dunia UNESCO

Nama Melaka pertama kali dikesan adalah pada abad ke-14. Terdapat pelbagai cerita tentang bagaimana Melaka mendapat namanya. Walaubagaimanapun, cerita yang diterima umum ialah yang mengaitkan nama Melaka itu dengan sebatang pokok yang disebut pokok Melaka.

Terdpat banyak tempat yang bersejarah yang boleh dilawati dan negeri Melaka telah pun mencapai Negeri Maju pada 20 Oktober 2010 oleh Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) yang berpengkalan di Paris. Sekarang negeri melaka merupakan Negeri Bandar Teknologi Hijau dan merupakan Bandaraya Warisan Dunia UNESCO





Pemeriksaan Bangunan Di SJK(T) Kubu 2014

Pada 20.12.2013 Pemeriksaan bangunan telah dilakukan oleh Encik Ishak Bin Yunus bersama Cik Kristy Gelbert Sipaun di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Kubu, Melaka. Pihak sekolah telah mengemukakan masalah kepada JKR iaitu mengenai keadaan longkang yang selalu tersumbat, mengakibat air masuk ke kawasan sekolah dengan banyak. Pihak sekolah juga meminta untuk membuat pagar konkrit mengelilingi kawasan sekolah. Sekolah ini juga memohon agar bangunan blok C dicat semula dan membuat susur gajah yang memudahkn murid-murid apabila waktu hujan.


Block C Yang hendak Di Cat

Pagar Lama Yang Hendak Ditukar Kepada Tembok

Lokasi Susur Gajah Yang Hendak Dibina

Keadaan Longkang Yang Selalu Tersumbat

Khamis, 19 Disember 2013

Pemeriksaan Bangunan Di Sekolah Henry Gurney 2013

Pada 18.12.2013 Pihak BSPN JKR, Melaka telah melakukan pemeriksaan bangunan di Sekolah Henry Gurney. Masalah Henry Gurney ini telah di periksa oleh Cik Kristy Gelbert Sipaun, En. Mohd Riza Bin Ahmat dan En. Ishak Bin Yunus, serta pihak Cawangan Kej. Elektrik JKR Melaka bersama dengan pihak dari JKR Melaka Tengah. Bangunan ini mengalami masalah daripada segi bumbung yang seing bocor dan mengakibatkan banjir kecil. Keadaan Distributor Box yang sering terkena air hujan serta keadaan trunking yang berkarat mengakibat percikan api keluar daripada distributor box.

Keretakan Bangunan

Keadaan Trunking Yang Berkarat Akibat Daripada Air Hujan

Bumbung Bangunan Sering Bocor 

Selasa, 10 Disember 2013

Fungsi Dan Piagam pelanggan BSPN

                                                                   FUNGSI
  • Merangka dasar nasional dan pembangunan proses/sistem kerja bagi penambahbaikan berterusan PAM
  • Menjalankan penyelidikan dan pembangunan bagi standard dan teknologi dalam pengurusan dan penyenggaraan aset tak alih supaya mencapai tahap faedah lebih optimum dan lestari
  • Melaksanakan penyelarasan dan pembangunan kompetensi serta pembudayaan terhadap PAM
  • Mengurus pendaftaran, sistem aplikasi dan Pangkalan Data Aset Tak Alih
  • Melaksanakan pemeriksaan penilaian dan pelupusan Aset Tak Alih
  • Menyelaras pengurusan dan pengauditan pematuhan terhadap PAM serta penyenggaraan aset kerajaan yang dilaksanakan oleh agensi-agensi kerajaan serta menjalankan audit senggara aset mengikut program yang ditetapkan
  • Memberi perkhidmatan perundingan terhadap penggunaan sistem, amalan, piawaian dan teknologi terkini dalam bidang pengurusan dan penyenggaraan fasiliti khusus (Awam, Mekanikal, Elektrikal dsbnya) yang lebih berkesan dan ekonomik                                                                                                                                 
                                                                      Piagam Pelanggan
Komitmen kami untuk memberi perkhidmatan teknikal kepada pelanggan dengan cekap, ekonomik, berkualiti dan dalam jangkamasa perlaksanaan yang berpatutan.
Kami adalah komited untuk menyiapkan kerja-kerja berikut dalam tempoh seperti di bawah:-
  • Menyiapkan laporan kajian kepada pelanggan dalam  tempoh SATU (1) tahun dari tarikh brif projek diterima
  • Menyiapkan laporan kegagalan struktur dan syor pembaikan dalam tempoh TIGA (3) bulan
  • Menyiapkan baucer bayaran dalam tempoh DUA (2) minggu
  • Memberi semua khidmat nasihat dalam masa yang dipersetujui