JABATAN KERJA RAYA MELAKA

JABATAN KERJA RAYA NEGERI MELAKA

JABATAN KERJA RAYA NEGERI MELAKA

Isnin, 27 Januari 2014

HARI KELUARGA BSPN 2014

Aktiviti Tahun Baru 2014 BSPN diserikan dengan Program Hari Keluarga Bahagian Senggara Persekutuan Negeri (BSPN) Tahun 2014. Aktiviti tahunan ini telah diadakan di Glory Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan, Malaysia. Program ini diadakan pada tarikh 24.01.14 hingga 26.01.14 yang dianggotai oleh pekerja BSPN JKR Melaka bersama dengan keluarga. Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya, pada hari Jumaat kami telah bersama-sama memanggang ayam dan otak-otak. Keenakan ayam yang dipanggang dan dimakan bersama nasi lemak dan otak-otak amat menyelerakan. Pada keesokan harinya, aktiviti sukaneka diadakan di pesisiran pantai. Aktiviti seperti tarik-tali, baling belon berisi air ke dalam bekas, mengisi air ke dalam botol serta mewarna untuk kanak-kanak bukan sahaja menyeronokkan, malah mengeratkan lagi ukhwah dan persahabatan antara anggota BSPN. Tujuan utama program bukan sekadar untuk bergembira malah untuk merapatkan silaturrahim antara anggota BSPN dan keluarga tercinta.















2 ulasan:

  1. Tahniah buat Bahagian Senggara Persekutuan Negeri Melaka kerana telah berjaya menganjurkan hari keluarga yang sememangnya sangat baik untuk mengeratkan lagi hubungan baik diantara ahli keluarga kakitangan BSPN Melaka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih tuan/puan. Malangnya Bahagian Senggara Persekutuan Negeri termasuk di Melaka, tidak panjang hayatnya. Alhamdullillah, walaupun telah dibubarkan, semangat BSPN itu tetap kami bawa bersama.

      Padam