Nama Melaka pertama kali dikesan adalah pada abad ke-14. Terdapat pelbagai cerita tentang bagaimana Melaka mendapat namanya. Walaubagaimanapun, cerita yang diterima umum ialah yang mengaitkan nama Melaka itu dengan sebatang pokok yang disebut pokok Melaka.
Terdpat banyak tempat yang bersejarah yang boleh dilawati dan negeri Melaka telah pun mencapai Negeri Maju pada 20 Oktober 2010 oleh Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) yang berpengkalan di Paris. Sekarang negeri melaka merupakan Negeri Bandar Teknologi Hijau dan merupakan Bandaraya Warisan Dunia UNESCO
Selamat Datang Ke Laman Web Bahagian Senggara Persekutuan Negeri (BSPN), Jabatan Kerja Raya Negeri Melaka. "Pelanggan Diutamakan, Janji Dikotakan" AMARAN:- SEGALA HAK CIPTA TERPELIHARA BSPN 2013
Isnin, 23 Disember 2013
Pemeriksaan Bangunan Di SJK(T) Kubu 2014
Pada 20.12.2013 Pemeriksaan bangunan telah dilakukan oleh Encik Ishak Bin Yunus bersama Cik Kristy Gelbert Sipaun di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Kubu, Melaka. Pihak sekolah telah mengemukakan masalah kepada JKR iaitu mengenai keadaan longkang yang selalu tersumbat, mengakibat air masuk ke kawasan sekolah dengan banyak. Pihak sekolah juga meminta untuk membuat pagar konkrit mengelilingi kawasan sekolah. Sekolah ini juga memohon agar bangunan blok C dicat semula dan membuat susur gajah yang memudahkn murid-murid apabila waktu hujan.
Block C Yang hendak Di Cat |
Pagar Lama Yang Hendak Ditukar Kepada Tembok |
Lokasi Susur Gajah Yang Hendak Dibina |
Keadaan Longkang Yang Selalu Tersumbat |
Khamis, 19 Disember 2013
Pemeriksaan Bangunan Di Sekolah Henry Gurney 2013
Pada 18.12.2013 Pihak BSPN JKR, Melaka telah melakukan pemeriksaan bangunan di Sekolah Henry Gurney. Masalah Henry Gurney ini telah di periksa oleh Cik Kristy Gelbert Sipaun, En. Mohd Riza Bin Ahmat dan En. Ishak Bin Yunus, serta pihak Cawangan Kej. Elektrik JKR Melaka bersama dengan pihak dari JKR Melaka Tengah. Bangunan ini mengalami masalah daripada segi bumbung yang seing bocor dan mengakibatkan banjir kecil. Keadaan Distributor Box yang sering terkena air hujan serta keadaan trunking yang berkarat mengakibat percikan api keluar daripada distributor box.
Keretakan Bangunan |
Keadaan Trunking Yang Berkarat Akibat Daripada Air Hujan |
Bumbung Bangunan Sering Bocor |
Selasa, 10 Disember 2013
Fungsi Dan Piagam pelanggan BSPN
FUNGSI
- Merangka dasar nasional dan pembangunan proses/sistem kerja bagi penambahbaikan berterusan PAM
- Menjalankan penyelidikan dan pembangunan bagi standard dan teknologi dalam pengurusan dan penyenggaraan aset tak alih supaya mencapai tahap faedah lebih optimum dan lestari
- Melaksanakan penyelarasan dan pembangunan kompetensi serta pembudayaan terhadap PAM
- Mengurus pendaftaran, sistem aplikasi dan Pangkalan Data Aset Tak Alih
- Melaksanakan pemeriksaan penilaian dan pelupusan Aset Tak Alih
- Menyelaras pengurusan dan pengauditan pematuhan terhadap PAM serta penyenggaraan aset kerajaan yang dilaksanakan oleh agensi-agensi kerajaan serta menjalankan audit senggara aset mengikut program yang ditetapkan
- Memberi perkhidmatan perundingan terhadap penggunaan sistem, amalan, piawaian dan teknologi terkini dalam bidang pengurusan dan penyenggaraan fasiliti khusus (Awam, Mekanikal, Elektrikal dsbnya) yang lebih berkesan dan ekonomik
Piagam Pelanggan
Komitmen kami untuk memberi perkhidmatan teknikal kepada pelanggan dengan cekap, ekonomik, berkualiti dan dalam jangkamasa perlaksanaan yang berpatutan.
Kami adalah komited untuk menyiapkan kerja-kerja berikut dalam tempoh seperti di bawah:-
- Menyiapkan laporan kajian kepada pelanggan dalam tempoh SATU (1) tahun dari tarikh brif projek diterima
- Menyiapkan laporan kegagalan struktur dan syor pembaikan dalam tempoh TIGA (3) bulan
- Menyiapkan baucer bayaran dalam tempoh DUA (2) minggu
- Memberi semua khidmat nasihat dalam masa yang dipersetujui
Visi , Misi Dan Objektif BSPN
VISI
'Menjadi pusat rujukan PAM dan penyenggaraan Aset Kejuruteraan berteraskan potensi modal insan serta teknologi terkini dalam mengoptimumkan nilai aset kerajaan'
MISI
- Memberi perkhidmatan teknikal secara profesional kepada semua agensi kerajaan dalam pengurusan aset supaya penyampaian perkhidmatan kerajaan tercapai
- Komited untuk mencapai kecemerlangan dalam pengurusan dan penyenggaraan dalam aset Kerajaan melalui PAM berdasarkan amalan terbaik dan teknologi terkini untuk memenuhi kepuasan pelanggan
- Bertekad untuk membangunkan kecemerlangan modal insan yang kompeten, kreatif dan inovatif dalam pengurusan aset Kerajaan
OBJEKTIF
- Memastikan semua aset Kerajaan sentiasa berfungsi dengan sempurna, selamat dan selesa digunakan
- Mengekalkan kefungsian aset Kerajaan bagi memenuhi ciri-ciri teknikal dan ekonomi untuk mencapai nilai kos kitaran hayat yang optimum
- Memastikan perkhidmatan JKR dalam pengurusan dan penyenggaraan aset yang cemerlang, kos berkesan dan memenuhi kepuasan pelanggan
Pemeriksaan Bangunan Di SMK Ayer Keroh Dan ADTEC
Pada 19.12.2013 BSPN telah melakukan pemeriksaan bangunan di SMK Ayer Keroh dan ADTEC, Melaka. Pemeriksaan ini dilakukan oleh Cik Kristy Gelbert Sipaun, En. Ishak Bin Yunus dan En. Mohd Riza Bin Ahmat. Tujuan untuk memeriksa bangunan ini adalah untuk melihat sendiri kerosakan bangunan yang dialami. Sebaik laporan kerja disiapkan serta kewangan diluluskan barulah kerosakan bangunan boleh dibaik pulih.
Keadaan Siling Di SMK Ayer Keroh |
Keadaan Bangunan Di Asrama ADTEC |
Isnin, 9 Disember 2013
Misi Dan Visi Jabatan Kerja Raya Malaysia
Bagi mencapai hasrat negara di dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat, JKR menzahirkanya melalui visi dan misi jabatan ini iaitu:
Visi
Kami akan Menjadi Pemberi Perkhidmatan Bertaraf Dunia Dan Pusat Kecemerlangan Dalam Bidang Pengurusan Aset, Pengurusan Projek Dan Kejuruteraan Untuk Pembangunan Infrastruktur Negara Berteraskan Modal Insan Yang Kreatif Dan Inovatif Serta Teknologi Terkini.
Misi
Misi JKR ialah untuk menyumbang kepada pembangunan negara dengan:
1.
|
Membantu pelanggan kami merealisasikan maklumat dasar dan menyampaikan perkhidmatan melalui kerjasama sebagai rakan kongsi strategik.
|
2.
|
Mempiawai proses dan sistem kita untuk memberikan hasil perkhidmatan yang konsisten.
|
3.
|
Menyediakan perkhidmatan pengurusan aset dan projek yang efektif dan inovatif.
|
4.
|
Mengukuhkan kompetensi kejuruteraan sedia ada.
|
5.
|
Membangunkan modal insan dan kompetensi baru.
|
6.
|
Mengutamakan integriti dalam memberikan perkhidmatan.
|
7.
|
Membina hubungan harmoni dengan masyarakat.
|
8.
|
Memelihara alam sekitar dalam penyampaian perkhidmatan.
|
Isnin, 15 April 2013
HARI KELUARGA BSPN 2013
Pada 13.04.2013 hingga 14.04.2013 telah diadakan "Hari Keluarga
Bahagian Senggara Persekutuan Negeri (BSPN)" yang bertempat di Tiara
Beach Resort, Port Dickson. Objektif utama hari keluarga ini diadakan
adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara pekerja BSPN,
Melaka. Program ini bukan sahaja untuk melepaskan penat setelah
bekerja, tetapi untuk mengeratkan lagi kasih sayang antara anggota
keluarga. Aktiviti yang dijalankan ialah sukaneka yang bukan sahaja
bermain untuk menang malah mampu mencuit hati apabila kita melihat
gelagat mereka bersukaneka. Dibawah ini disertakan gambar kenangan
ketika berada di Tiara Beach Resort.
Langgan:
Catatan (Atom)